Cerkon
Dating Atas Batu
Itu hari, hujung minggu merdeka. Budak kolej semua
laju je balik. Aku masih kemas duduk asrama, memandangkan rumah aku jauh dan
cuti pun tak lama mana. Tengah aku syok layari facebook, ada mamat gemuk poyo
yang IM aku. Disebabkan bosan, aku layankan aje.
“Hai, buat apa? Tak keluar ke, kan cuti ni J.”
–Beni
“Hey, tak pun. Duduk bilik lagi bagus. Nak keluar
bukan ada duit sangat.”-Moja
“Weh, kita tak pernah lepak lagi. Jom keluar, aku
belanja.Pergi la siap-siap.” –Beni
Kejap, mesti korang ingat aku terus terima dah macam
perempuan sundal sangat kan? Tunggu dulu.
“Okay, tadek hal. Nanti dah siap aku mesej. Amik
gate belakang.” –Moja
Aku apa lagi, terus lari ke bilik kawan baik aku dua
orang, Mei dan Nina. Gila apa aku nak keluar first time dengan orang yang aku
tak kenal sorang-sorang? Biar la budak satu kolej pun. Yang penting aku tak
pernah jumpa dia.
“Uih, ramainya aku ingat kau datang sorang.” –Beni
“Gila kau, bajet aku berani keluar dengan orang yang
aku tak kenal berdua. Kenalkan ni bestie aku, Mei dan Nina.” –Moja
“Hai, erm. Aku nak kena singgah rumah aku kejap nak
pergi ambil lagi sorang member aku.” –Beni
Ha, Nampak tak klise dia kat situ? Kalau betul tadi aku
ikut dia sorang tak ke naya aku kena masuk rumah jantan? Nahas nanti ada la.
Sampai kat Bandar, si Beni ngan kawan dia nak masuk
club rupanya. Lahabau betul budak-budak ni. Ingatkan senonoh. Atas desakan aku
dan budak-budak ni, kami berjaya tarik Beni pergi lepak tempat lain dan mana
lagi kalau bukan , pantai.
Mei dan Nina macam nak kasi can pulak kami berdua,
mereka pergi jauh ke tepi pantai entah berborak dengan sekumpulan budak lelaki
bermain gitar. Walau dari jauh, gamat dengan gelak ketawa yang jelas aku
dengar. Aku dan Beni duduk di atas satu batu besar berhampiran kaki lima.
Malam itu bulan penuh, dan kami makin rapat hanya
dengan permulaan tentang keluarga. Aneh, pertama kali berjumpa kami terus
bercakap tentang peribadi dan latar belakang masing-masing. Beni tak jemu rakam
foto aku, entah apa yang digemarnya.
Itu, permulaan bagi segalanya.
Surat Untuk Lila
SURAT UNTUK LILA
Lila, apa kau
masih ingat kita spent time dekat pantai? Lama. Rumah uncle kau yang tepi
pantai tu. Cantik gila kan Lila? Ingat tak yang kita dah plan nak bina rumah
tepi pantai dan lari dari semua teknologi, duduk sana diam, berdua.
Yang aku tak
boleh lupa, mak sampai datang pantai bawak rotan sebab kita tak reti balik
rumah. Haha, kelakar. Kenangan macam tu buat aku makin rindukan kau Lila. Dan
banyak lagi kenangan lain yang membebankan. Aku tak larat hidup dengan memori
kau Lila. Aku tak kuat. Tapi aku degil untuk lupuskan semua memori dengan kau.
Sebab dengan memori saje aku boleh rasa kau hidup Lila.
Pantai kita,
masih cantik macam dulu :)
Sambutan Terakhir (final)
Hari sudah lewat, perkuburan sudah lengang. Rayy tak mampu
tinggalkan Lila seorang diri. Rayy genggam kemas surat wasiat terakhir Lila.
Air mata Rayy jatuh tak tertahan "moga
kau baik-baik sahaja di bawah sana okay? Sampai masa, kita ketemu. Aku
janji". Rayy berazam, dia harus kuat. Teruskan hidup. Langkah
diatur meninggalkan Lila biarpun berat.
Sampai di rumah, selesai bersihkan diri Rayy teringat surat
Lila. Diambil dan dikucup perlahan. Betapa dia rindukan Lila. Dibuka perlahan
dengan derap jantung yang melaju.
Ke hadapan cinta hati, Rayy.
Aku tak mahu surat bodoh ini
terlalu panjang dan membebankan kau untuk membaca. Aku cuma mahu pesan,
agar kau baik-baik sahaja di sini. Jangan pernah kecewa dengan hidup. Maaf
aku tak boleh pegang janji aku untuk teman kau sampai tua. Maaf! Aku orang
lemah, jadi aku terpaksa tinggalkan kau dulu. Maafkan aku okay, cinta?
Aku mahu kau jaga ibunda yang
keseorangan. Aku rasa bersalah kerna aku tinggalkan mak awal dahulu sebelum dia
tiinggalkan aku. Kejamkan aku Rayy? Tinggalkan ibunda sendiri keseorangan.
Jagakan mak okay cinta?
Yang terakhir, aku minta maaf
kerna aku tak sempat sarung jersey hadiah yang kau kasi. Takpe, MU still
leading hidup kita hehe. Dan oh ya, mana lagu yang kau janjikan mahu kasi aku
dengar sempena hari lahir aku? Jahat lah kau. Kau lambat sangat, tengok aku tak
sempat. Haha joking. Please, aku tak mahu lagu aku itu kau dendangkan. Aku
dapat dengar dari sini jadi aku tak mau kau nyanyikan. Nanti buat aku sedih
sebab tak dapat peluk cium kau. Haha. Janji dengan aku, kau buang lagu
tadi.
Aku tak larat, akhir kata,
sampai akhir nafas aku cintakan kau Rayy. Kau seorang.
p/s : kau ingat lagu kita bukan?
Jaga diri, jangan makan hati,
yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti.
Sebak hati Rayy tak tertahan. Dironyok kertas lirik lagu
khas untuk Lila. Diambil gitar, dimainkan lagu lain khas untuk Lila yang jauh.
Dan Rayy tahu Lila mendengar.
Selamat ulang tahun sayang,
Kini kau bersayap pergilah
terbang,
Rentaslah langit cita-cita
mu,
Harap nanti kita kan bertemu.
Selamat ulang tahun
sayang,
Janganlah engkau tak terbang
pulang,
Ku nanti penuh kerinduan,
Selamat tinggal, selamat
jalan.
Sambutan Terakhir (ii)
Rayy buka mata nampak dengan jelas Lila tengah terbaring di
atas katil dengan mata tertutup. Ramai orang, ramai sangat. Rayy pelik, rumah
Lila tak pernah seramai ni. Semua tengah bacakan Yassin. Untuk Lila! Ya, untuk
Lila yang sedang terbaring dengan mata tertutup. Lila, kenapa kau tak buka mata? Rayy
bercakap sendiri. Rayy nampak ibunda menangis sambil membaca yassin. Mata
ibunda bengkak, tapi ibunda nampak tabah. Tiba-tiba kawasan berubah, Lila
dibalut kemas dengan pakaian rapat berwarna putih. Lila dimasukkan ke dalam
lubang. Rayy macam pernah nampak keadaan ini. Ya! Ketika papa dan mama Rayy
meninggalkan dia 5 tahun yang dulu. Takkan
kau nak tinggalkan aku jugak?
Rayy menjerit kuat dan tersedar
dari mimpi. Rayy usap muka berpeluh. Rayy tengok jam, pukul 4 pagi. Rayy tengok
kalendar, genap seminggu tiada khabar berita dari Lila sejak kali terakhir
mereka berjumpa iaitu ketika sambutan hari lahir Lila. Rayy rasa dadanya sebak,
Rayy jadi takut. Takut bakal menghadapi kenyataan. Takut mimpi tadi adalah petanda.
Rayy cuba dail no Lila, lama tapi tidak dijawab. 5 kali Rayy cuba dan berhenti
dengan harapan Lila penat dan tidur nyenyak.
Esok pagi-pagi lagi Rayy ambil cuti
dan pergi ke rumah Lila. Sejak seminggu lepas apabila Lila hilang secara
tiba-tiba, rumah Lila juga kosong. Harini nampaknya satu keajaiban, ada orang
di rumah. Rayy tekan loceng, ibunda keluar. Diajak Rayy masuk, Lila di kamar.
Laju langkah Rayy tak ditahan lagi. Diketuk perlahan pintu bilik Lila dengan
debaran kuat. "Lila, aku
datang. Boleh aku masuk?" "Rayy! Masuklah" Lain bunyi butir suara Lila. Rayy
kenal suara Lila. Ini bukan Lila!
Rayy buka pintu, hadiah hari jadi
Lila di tangan jatuh ke lantai. Lila atas katil cuba senyum dengan muka pucat.
Rayy sebak, tangis tak dapat ditahan. Rayy tak teruskan langkah ke katil Lila.
Esak Rayy makin kuat.
"Rayy, mari sini. Kau tak rindu aku? Janganlah nangis.
Kau tahu aku tak boleh tengok kau nangis kan?" Esak
Rayy makin kuat tak tertahan. Rayy buang malu depan Lila. Hati Rayy sakit
tengok keadaan Lila. Rayy lari ke katil dan peluk Lila. Kuat, erat tak mahu
lepas.
Rayy cuba kawal tangis, dia bangun mengadap Lila. Dia
tengok muka Lila bengkak. Air mata Lila menitis, Rayy kaget. "Aku mintak maaf Lila. Kau
jangan menangis. Aku sakit, aku sakit tengok keadaan sekarang. Mintak maaf aku
ganggu emosi kau" Tangis
Lila makin deras. "Aku
takut." "Kenapa? Aku ada sini. Aku tak tinggal kau." "Tipu!
Aku mati kau mana boleh ikut aku. Aku takut mati" Rayy telan air liur. Ditahan air
mata supaya tidak keluar. Dialih pandang ke kiri tak mahu tengok muka sebal
Lila. Ibunda kata Lila tenat, seminggu lepas Lila pitam dalam bilik air
terus dikejarkan ke hospital. Rayy tak tahan menahan sebak, jatuh terduduk
dengar berita malang Lila.
Sehari selepas Rayy bertandang ke rumah Lila, Rayy terima
satu panggilan mengejut dari ibunda. Lila nazak dan dikejarkan ke hospital tapi
Rayy masih ditempat kerja. Habis kerja, Rayy terus bergegas ke hospital. Bagai
mahu runtuh jantung Rayy bila terpandang tubuh kaku Lila yang sudah berselubung. "Lila tiba-tiba sesak nafas.
Dalam perjalanan ke hospital Lila sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sabar ya Rayy, Tuhan lebih sayangkan Lila". Rayy terjelopok di lantai. Kaki
rasa longlai tak mampu berdiri.
********
Sambutan Terakhir (i)
Lila tenung kalendar lama. Senyum melebar. Tengok jam 11:30
p.m. Lila jerit kuat. "Lila,
okay ke tu?" Lila kaget,
ketawa kecil "sory mak! Lila okay aje ni". Lagi setengah jam hari bahagia
buat diri Lila. Umur bakal bertambah, hari lahir yang ke-21. Lila berkira-kira
apa yang Rayy akan bekalkan kenangan untuk sambutan kelahiran tahun ini.
Kebiasaannya Lila akan sambut bersama Rayy dahulu dan esok harinya baru
disambut dengan ibunda tercinta. Maklum sahajalah, orang tua tidur awal.
Lila rebahkan badan sambil berangan. Tidak sedar Lila
terlelap. Lila mimpi Rayy. Lila pakai baju putih sambil tengok mak dan Rayy
menangis. Lila tak pernah tengok Rayy menangis. Rayy orang kuat, kalau Rayy tak
kuat macam mana Rayy nak jaga Lila. Lila tersentak dari tidur. Berpeluh sakan
badan Lila. Dicapai telefon bimbit di atas meja belajar, jam sudah menganjak
12:30 a.m. Langsung tiada panggilan dari Rayy. Lila telefon Rayy, panggilan
pertama tidak dijawab. Panggilan kedua baru diangkat itupun lambat.
"Rayy, kau kat mana? Kau lupa harini hari apa?"
"Ah Lila, mana boleh aku lupa. Aku ingat tapi aku lambat sikit harini
okay. MU tengah leading 2-0 ni! Hadiah hari lahir kau yang pertama!" langsung tiada tanda bersalah dalam nada suara Rayy. Lila akur, lelaki
dengan bola mana boleh terpisah. Lila putuskan panggilan dan bercadang mahu
terus tidur.
Enak diulit mimpi Lila dikejutkan dengan ringtone tanda panggilan
masuk. Rayy. Lila mengeliat malas "nak
apa kau?" Lila bercakap sambil menguap. "Kau dah tidur ke? Alaa..
Jom celebrate. Aku kat luar rumah kau". Lila
telek ditingkap, nampak Rayy angkat tangan. Lila tersenyum, tanpa bersiap terus
turun bawah dan keluar. "Ah
apa kau ni Lila, tak pakai cantik sikit? Harini hari istimewa kau lah
pendek." "Ala takpe, aku pakai selekeh pun kau tetap sayang kan" Cup! Ciuman hangat dihadiahkan oleh
Rayy "Selamat ulang lahir
yang ke-21 Lila. Aku sayang kau. Selamanya". Manis, senyuman Rayy yang sudah
semacam dadah terkuat untuk Lila.
Tangan Rayy kosong. Lila mencebik "kau lupa present aku kan
bodoh". "Lila, aku mintak maaf sangat. Kau tau minggu ni aku sibuk
kan? Aku janji, selesai semua kerja aku wrap present
kau cantik-cantik dan kasi kau okay?" Lila
tahu Rayy sibuk, dan Lila masih boleh berfikiran waras. Takkan mahu marah Rayy
semata-mata tak dapat hadiah hari jadi. Sangat tak matang and so uncool. Lila
senyum, dihadihkan kucupan hangat di pipi Rayy. Cup!
**********
Sepetang Bersama
Lila pandang kiri-kanan. Langsung hilang jejak si Rayy.
Hati Lila dah tak keruan. Semua objek sekeliling terasa bergerak pantas. Lila
hampir mahu terkeluar tangis. Lila ambil handphone cabuk pemberian arwah ayah
lalu hantar sekeping pesanan ringkas "aku
dah takmau main sorok-sorok lagi. Keluar lah."
Tunggu 15 saat, 30 saat. Handphone bergetar petanda ada
mesej. Dari Rayy "pokok
ni besar sangat, dah keluar tapi terlindung jugak lah camne?" Elak Lila mahu menangis sekuatnya.
Lila jerit kuat dengan harapan Rayy keluar. "Kau
tak keluar aku takmau pulang! Biar mak marah kau!".
Lila duduk mencangkung atas tanah sambil menutup muka dan
berkira " 1 2
3......". Pok! Bahu ditepuk. Rayy disebelah. Diusap pipi basah
Lila. "Kenapa kau
menangis? Kan sudah aku bilang, main sorok-sorok kena kuat." Lila hanya menggeleng senyap. Rayy
pegang tangan Lila tarik berjalan. Dihayun tangan bahagia. Belum sampai 10
tapak melangkah, Lila keraskan kaki pandang menghadap Rayy. Ditariknya pipi
Rayy cup! "Siapa ajar kau cium curi
ni Lila?!" Lila berlari
bahagia dengan harapan boleh selamat lari dari geletek si Rayy.
Semestinya Lila si kaki pendek kalah. Lila angkat tangan
tanda menyerah. Berjalan semula sambil ditemani siulan Rayy yang menjadi
kegemaran Lila. Elok sampai disimpang rumah Lila, ditarik Rayy belok ke atas
bukit. "Kau teman aku
lepak kat sini sekejap. Nanti senja kita balik, aku janji k?" "Janji
tau? Rumah aku gelap, takde lampu jalan aku takut" "Hahaha kau ni
Rayy, jadi lelaki mana boleh penakut" "Okay, aku tak takut kalau kau
yang teman aku". Berbalas
senyuman mereka berbaring empuk di atas lantai rumput hijau.
Lila nampak sepasang burung ber-istirehat atas dahan, "Aku mahu jadi macam diorang,
bahagia bersama. Kau dengan aku. Mahu?" "Aku tak nak. Mana kau tahu
diorang selalu bersama? Langitkan luas, mesti diorang akan berjauhan"
"Hahaha bodoh la kau ni Rayy. Memang lah diorang terbang lain tempat. Sama
macam kita, sejauh mana kita jalan, sesibuk mana hari kita, hujung hari kita
berjumpa duduk bersama semula." Rayy
genggam kemas tangan Lila tanda faham.
Setitik, dua titik makin lama makin lebat. Hujan turun yang
mana tadi langit hanya mendung. "Lila,
kau tunggu bawah pokok aku mau main hujan sekejap!" "Aku nak join
jugak!" "Mana boleh! Mak suruh aku jaga kau." Lila tarik muncung tanda tidak
bersetuju. Lemah Rayy dengan muka comel Lila, ditariknya Lila main bersama.
Pusing dua tiga kali sampai pening, duduk terjelepuk. Tiba-tiba Lila pegang
dada, "kan aku dah kata
kau tak boleh main hujan. Dah jom kita pulang! Kau pakai baju aku ni" Baju kering Rayy yang disangkut di
dahan pokok disarungkan di tubuh sejuk Lila.
Lila dipeluk kemas Rayy yang bermuka bimbang dari tadi.
Perjalanan hanya ditemani rintik hujan yang semakin perlahan. Sampai depan
rumah Lila peluk Rayy erat. "Aku
mintak maaf aku potong kau layan hujan. Aku tau aku sakit tapi aku
teringin" mata Lila mula
berair. "eh takpe, kan
dah rasa main tadi. Aku bukan marahkan kau tapi aku risau. Aku kena jaga
kau." Dagu Lila
diangkat. Cup! Hangat. "Esok kita main lagi okay? Aku
tunggu kat dekat taman macam biasa. Aku sayang kamu bodoh. Hati-hati pulang
nanti." "Aku sayang kau jugak Lila. Kau jangan lupa terus mandi.
Keringkan kepala cepat. Takut kau demam".
Lila bergerak ke dalam rumah dan melambai ke arah batang tubuh Rayy yang mulai hilang dari pandangan.
Ah bahagianya. Harap esok aku
masih punya masa Rayy.
Subscribe to:
Comments (Atom)