Sepetang Bersama


Lila pandang kiri-kanan. Langsung hilang jejak si Rayy. Hati Lila dah tak keruan. Semua objek sekeliling terasa bergerak pantas. Lila hampir mahu terkeluar tangis. Lila ambil handphone cabuk pemberian arwah ayah lalu hantar sekeping pesanan ringkas "aku dah takmau main sorok-sorok lagi. Keluar lah."
Tunggu 15 saat, 30 saat. Handphone bergetar petanda ada mesej. Dari Rayy "pokok ni besar sangat, dah keluar tapi terlindung jugak lah camne?" Elak Lila mahu menangis sekuatnya. Lila jerit kuat dengan harapan Rayy keluar. "Kau tak keluar aku takmau pulang! Biar mak marah kau!".

Lila duduk mencangkung atas tanah sambil menutup muka dan berkira " 1 2 3......". Pok! Bahu ditepuk. Rayy disebelah. Diusap pipi basah Lila. "Kenapa kau menangis? Kan sudah aku bilang, main sorok-sorok kena kuat." Lila hanya menggeleng senyap. Rayy pegang tangan Lila tarik berjalan. Dihayun tangan bahagia. Belum sampai 10 tapak melangkah, Lila keraskan kaki pandang menghadap Rayy. Ditariknya pipi Rayy cup! "Siapa ajar kau cium curi ni Lila?!" Lila berlari bahagia dengan harapan boleh selamat lari dari geletek si Rayy.

Semestinya Lila si kaki pendek kalah. Lila angkat tangan tanda menyerah. Berjalan semula sambil ditemani siulan Rayy yang menjadi kegemaran Lila. Elok sampai disimpang rumah Lila, ditarik Rayy belok ke atas bukit. "Kau teman aku lepak kat sini sekejap. Nanti senja kita balik, aku janji k?" "Janji tau? Rumah aku gelap, takde lampu jalan aku takut" "Hahaha kau ni Rayy, jadi lelaki mana boleh penakut" "Okay, aku tak takut kalau kau yang teman aku". Berbalas senyuman mereka berbaring empuk di atas lantai rumput hijau.

Lila nampak sepasang burung ber-istirehat atas dahan, "Aku mahu jadi macam diorang, bahagia bersama. Kau dengan aku. Mahu?" "Aku tak nak. Mana kau tahu diorang selalu bersama? Langitkan luas, mesti diorang akan berjauhan" "Hahaha bodoh la kau ni Rayy. Memang lah diorang terbang lain tempat. Sama macam kita, sejauh mana kita jalan, sesibuk mana hari kita, hujung hari kita berjumpa duduk bersama semula." Rayy genggam kemas tangan Lila tanda faham.

Setitik, dua titik makin lama makin lebat. Hujan turun yang mana tadi langit hanya mendung. "Lila, kau tunggu bawah pokok aku mau main hujan sekejap!" "Aku nak join jugak!" "Mana boleh! Mak suruh aku jaga kau." Lila tarik muncung tanda tidak bersetuju. Lemah Rayy dengan muka comel Lila, ditariknya Lila main bersama. Pusing dua tiga kali sampai pening, duduk terjelepuk. Tiba-tiba Lila pegang dada, "kan aku dah kata kau tak boleh main hujan. Dah jom kita pulang! Kau pakai baju aku ni" Baju kering Rayy yang disangkut di dahan pokok disarungkan di tubuh sejuk Lila.

Lila dipeluk kemas Rayy yang bermuka bimbang dari tadi. Perjalanan hanya ditemani rintik hujan yang semakin perlahan. Sampai depan rumah Lila peluk Rayy erat. "Aku mintak maaf aku potong kau layan hujan. Aku tau aku sakit tapi aku teringin" mata Lila mula berair. "eh takpe, kan dah rasa main tadi. Aku bukan marahkan kau tapi aku risau. Aku kena jaga kau." Dagu Lila diangkat. Cup! Hangat. "Esok kita main lagi okay? Aku tunggu kat dekat taman macam biasa. Aku sayang kamu bodoh. Hati-hati pulang nanti." "Aku sayang kau jugak Lila. Kau jangan lupa terus mandi. Keringkan kepala cepat. Takut kau demam".

                     
Lila bergerak ke dalam rumah dan melambai ke arah batang tubuh Rayy yang mulai hilang dari pandangan.

Ah bahagianya. Harap esok aku masih punya masa Rayy.

No comments:

Post a Comment