Rayy buka mata nampak dengan jelas Lila tengah terbaring di
atas katil dengan mata tertutup. Ramai orang, ramai sangat. Rayy pelik, rumah
Lila tak pernah seramai ni. Semua tengah bacakan Yassin. Untuk Lila! Ya, untuk
Lila yang sedang terbaring dengan mata tertutup. Lila, kenapa kau tak buka mata? Rayy
bercakap sendiri. Rayy nampak ibunda menangis sambil membaca yassin. Mata
ibunda bengkak, tapi ibunda nampak tabah. Tiba-tiba kawasan berubah, Lila
dibalut kemas dengan pakaian rapat berwarna putih. Lila dimasukkan ke dalam
lubang. Rayy macam pernah nampak keadaan ini. Ya! Ketika papa dan mama Rayy
meninggalkan dia 5 tahun yang dulu. Takkan
kau nak tinggalkan aku jugak?
Rayy menjerit kuat dan tersedar
dari mimpi. Rayy usap muka berpeluh. Rayy tengok jam, pukul 4 pagi. Rayy tengok
kalendar, genap seminggu tiada khabar berita dari Lila sejak kali terakhir
mereka berjumpa iaitu ketika sambutan hari lahir Lila. Rayy rasa dadanya sebak,
Rayy jadi takut. Takut bakal menghadapi kenyataan. Takut mimpi tadi adalah petanda.
Rayy cuba dail no Lila, lama tapi tidak dijawab. 5 kali Rayy cuba dan berhenti
dengan harapan Lila penat dan tidur nyenyak.
Esok pagi-pagi lagi Rayy ambil cuti
dan pergi ke rumah Lila. Sejak seminggu lepas apabila Lila hilang secara
tiba-tiba, rumah Lila juga kosong. Harini nampaknya satu keajaiban, ada orang
di rumah. Rayy tekan loceng, ibunda keluar. Diajak Rayy masuk, Lila di kamar.
Laju langkah Rayy tak ditahan lagi. Diketuk perlahan pintu bilik Lila dengan
debaran kuat. "Lila, aku
datang. Boleh aku masuk?" "Rayy! Masuklah" Lain bunyi butir suara Lila. Rayy
kenal suara Lila. Ini bukan Lila!
Rayy buka pintu, hadiah hari jadi
Lila di tangan jatuh ke lantai. Lila atas katil cuba senyum dengan muka pucat.
Rayy sebak, tangis tak dapat ditahan. Rayy tak teruskan langkah ke katil Lila.
Esak Rayy makin kuat.
"Rayy, mari sini. Kau tak rindu aku? Janganlah nangis.
Kau tahu aku tak boleh tengok kau nangis kan?" Esak
Rayy makin kuat tak tertahan. Rayy buang malu depan Lila. Hati Rayy sakit
tengok keadaan Lila. Rayy lari ke katil dan peluk Lila. Kuat, erat tak mahu
lepas.
Rayy cuba kawal tangis, dia bangun mengadap Lila. Dia
tengok muka Lila bengkak. Air mata Lila menitis, Rayy kaget. "Aku mintak maaf Lila. Kau
jangan menangis. Aku sakit, aku sakit tengok keadaan sekarang. Mintak maaf aku
ganggu emosi kau" Tangis
Lila makin deras. "Aku
takut." "Kenapa? Aku ada sini. Aku tak tinggal kau." "Tipu!
Aku mati kau mana boleh ikut aku. Aku takut mati" Rayy telan air liur. Ditahan air
mata supaya tidak keluar. Dialih pandang ke kiri tak mahu tengok muka sebal
Lila. Ibunda kata Lila tenat, seminggu lepas Lila pitam dalam bilik air
terus dikejarkan ke hospital. Rayy tak tahan menahan sebak, jatuh terduduk
dengar berita malang Lila.
Sehari selepas Rayy bertandang ke rumah Lila, Rayy terima
satu panggilan mengejut dari ibunda. Lila nazak dan dikejarkan ke hospital tapi
Rayy masih ditempat kerja. Habis kerja, Rayy terus bergegas ke hospital. Bagai
mahu runtuh jantung Rayy bila terpandang tubuh kaku Lila yang sudah berselubung. "Lila tiba-tiba sesak nafas.
Dalam perjalanan ke hospital Lila sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sabar ya Rayy, Tuhan lebih sayangkan Lila". Rayy terjelopok di lantai. Kaki
rasa longlai tak mampu berdiri.
********
No comments:
Post a Comment