Sambutan Terakhir (final)


Hari sudah lewat, perkuburan sudah lengang. Rayy tak mampu tinggalkan Lila seorang diri. Rayy genggam kemas surat wasiat terakhir Lila. Air mata Rayy jatuh tak tertahan "moga kau baik-baik sahaja di bawah sana okay? Sampai masa, kita ketemu. Aku janji". Rayy berazam, dia harus kuat. Teruskan hidup. Langkah diatur meninggalkan Lila biarpun berat.

Sampai di rumah, selesai bersihkan diri Rayy teringat surat Lila. Diambil dan dikucup perlahan. Betapa dia rindukan Lila. Dibuka perlahan dengan derap jantung yang melaju.

Ke hadapan cinta hati, Rayy.
Aku tak mahu surat bodoh ini terlalu panjang dan membebankan kau untuk membaca. Aku cuma mahu pesan, agar kau baik-baik sahaja di sini. Jangan pernah kecewa dengan hidup. Maaf aku tak boleh pegang janji aku untuk teman kau sampai tua. Maaf! Aku orang lemah, jadi aku terpaksa tinggalkan kau dulu. Maafkan aku okay, cinta?

Aku mahu kau jaga ibunda yang keseorangan. Aku rasa bersalah kerna aku tinggalkan mak awal dahulu sebelum dia tiinggalkan aku. Kejamkan aku Rayy? Tinggalkan ibunda sendiri keseorangan. Jagakan mak okay cinta?

Yang terakhir, aku minta maaf kerna aku tak sempat sarung jersey hadiah yang kau kasi. Takpe, MU still leading hidup kita hehe. Dan oh ya, mana lagu yang kau janjikan mahu kasi aku dengar sempena hari lahir aku? Jahat lah kau. Kau lambat sangat, tengok aku tak sempat. Haha joking. Please, aku tak mahu lagu aku itu kau dendangkan. Aku dapat dengar dari sini jadi aku tak mau kau nyanyikan. Nanti buat aku sedih sebab tak dapat peluk cium kau. Haha. Janji dengan aku, kau buang lagu tadi. 

Aku tak larat, akhir kata, sampai akhir nafas aku cintakan kau Rayy. Kau seorang.  

p/s : kau ingat lagu kita bukan?
Jaga diri, jangan makan hati, yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti.










Sebak hati Rayy tak tertahan. Dironyok kertas lirik lagu khas untuk Lila. Diambil gitar, dimainkan lagu lain khas untuk Lila yang jauh. Dan Rayy tahu Lila mendengar.

Selamat ulang tahun sayang,
Kini kau bersayap pergilah terbang,
Rentaslah langit cita-cita mu,
Harap nanti kita kan bertemu.

Selamat ulang tahun sayang, 
Janganlah engkau tak terbang pulang,
Ku nanti penuh kerinduan,
Selamat tinggal, selamat jalan.






No comments:

Post a Comment